Sunday 1 September 2019

Cabaran dan Isu Semasa Dunia

PERKEMBANGAN INDUSTRI PETROLEUM DI MALAYSIA


APA ITU PETROLEUM?
Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum, gabungan perkataan bahasa Yunani πέτρα petra – batu dan ἔλαιον elaion – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam. Istilah "petroleum" pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jermanbernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.[1]

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

 sumber:


    PETROLEUM SEBAGAI KOMODITI UTAMA


  • Petroleum adalah komoditi utama dan terpenting di dunia.
  • menyumbang kepada perkembangan pelbagai industri.
  • sumber petroleum semakin berkurangan menyebabkan harganya berkurang.

FAKTOR SUMBER PETROLEUM BERKURANG;

1. Permintaan yang tinggi melebihi sumber yang ada.
2. Cuaca buruk di negara pengeluar (Arab Saudi, Russia)
3. Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC
- Apabila harga petroleum meningkat, harga barang di seluruh negara turut meningkat.
-Apabila harga barang meningkat, kuasa pembeli dan pengguna berkurangan.

KESAN-KESAN PERUBAHAN HARGA PETROLEUM

  • Beban kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah
  • Pengeksploitan peniaga terhadap pengguna
  • Inflasi
  • Industri perumahan mengalami beban perbelanjaan

KESAN KENAIKAN HARGA PETROLEUM TERHADAP PERBELANJAAN NEGARA

  • Kos untuk membina sekolah semakin meningkat dan sukar untuk membangunkan sekolah-sekolah pedalaman kerana memakan berjuta kos.
  • Banyak projek terbelangkai kerana tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. 
  • Kemunduran dari segi ICT bagi sekolah pedalaman. Kemahiran ICT kurang berbanding pelajar di sekolah bandar yang mempunyai banyak kemudahan.
  • Kegagalan pelancaran dasar pendidikan berlandaskan ekonomi (e-knowledge)

SUMBANGAN PERUBAHAN HARGA PETROLEUM KE ATAS PENDIDIKAN NEGARA


  • Apabila harga petroleum meningkat, pendapatan negara akan meningkat. 
  • Apabila pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat menyumbangkan wang dalam bidang pendidikan. 
  • Prasarana sekolah dapatlah diperbaharui.
  • Penyaman udara bolehlah dipasang di dewan dan setiap kelas. 
  • Selain itu, pihak kerajaan dapatlah membeli buku rujukan, novel dan kamus yang baharu untuk setiap sekolah. 
  • Peralatan teknologi baharu dapat digunakan dalam sekolah seperti buku teks elektronik, projektor dan sebagainya. 
  • Dengan ini, cikgu tidak perlu membawa buku teks ke dalam kelas. 

KESAN PERUBAHAN HARGA PETROLEUM KE ATAS PENDIDIKAN NEGARA

  • Kejatuhan harga minyak memberi impak yang besar kepada pendidikan negara.
  • Hal ini kerana petroleum merupakan antara penyumbang terbesar kepada bajet negara, apabila harga minyak jatuh, keuntungan pun berkurang, kerajaan pun tidak dapat menyumbangkan wang dalam bidang pendidikan kerana kekurangan wang. 
  • Kesannya ialah prasarana sekolah yang usang tidak dapat diperbaharui.
  • Selain itu, kerajaan telah menarik semula banyak program tajaan pendidikan ke luar negara dan menempatkan pelajar-pelajar di universiti tempatan sahaja.
  • Program yang dimansuhkan ialah program TESL berkembar bersama United Kingdom dan New Zealand.
  • Beberapa kursus profesional seperti kursus perubatan dan kursus undang-undang di luar negara dikurangkan kuotanya untuk menjimatkan kos.
  • Tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara .
  • Biasiswa kerajaan dikecilkan.
SUMBANGAN AKTIVITI PERLOMBONGAN PETROLEUM DAN GAS ASLI KEPADA NEGARA.

1) Sumber pendapatan negara.
  • Eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM 14.2 billion, gas asli (RM 11.3 billion) - Membiayai projek-projek pembangunan negara seperti pembinaan Menara Berkembar KLCC, lapangan terbang Kerteh dan lain-lain. 
2) Menyediakan peluang pekerjaan
  • seperti ahli geologi petroleum, jurutera, ahli oceoneografi, juruteknik, pegawai tadbir dan buruh. - Mengurangkan kadar pengangguran penduduk dan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup penduduk.
  • cth: Tahun 2000 - peluang pekerjaan sebanyak 39900 diwujudkan dalam sektor perlombongan petroleum.

3) Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran

  • Melalui pelbagai projek usahama, perkongsian pintar, dan latihan lanjutan. Teknologi tinggi mungkin diimport atau diperoleh melalui usahasama dengan syarikat asing.Usaha penyelidikan dan pembangunan ( R&D) sentiasa dijalankan oleh PETRONAS dalam konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta teknik baru menghasilkan pelbagai produk berkualiti.
  • Misalnya,teknologi seismik dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan petroleum.        


4) Memajukan kilang industri yang berkaitan terutamanya industri berasaskan sumber petroleum dan gas asli.

  • Seperti kilang menapis petroleum di Lutong di Miri dan Kerteh di Terengganu, dan kilang mencairkan gas asli di Bintulu. Kilang industri lain turut berkembang seperti industri membut baja urea dan petrokimia.
5) Mewujudkan rangkaian sistem pengangkutan.
  • Seperti jalan raya, jalan kereta api, kemudahan pelabuhan, lapangan terbang dan lain-lain. Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk mempercepatkan penghantaran petroleum dan gas asli ke kilang memproses dan kawasan pasaran serta mengangkut tenaga pekerja dan membawa masuk pelabur asing. Misalnya,rangkaian pengangkutan yang padat di sepanjang pinggir pantai Miri, Sarawak dan Kerteh, Terengganu.